PENTAKSIRAN MEMBACA

Popham (2000), berpendapat bahawa istilah pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Lazimnya, pentaksiran kemahiran membaca ini dilihat merupakan aspek yang penting. Hal ini kerana guru-guru mampu mengenalpasti tahap kemajuan murid-muridnya. Pentaksiran ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancar serta mengungkapkan sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Pentaksiran Membaca:
  1. Merupakan satu proses yang berterusan.
  2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
  3. Pentaksiran menghendaki sampel kerja murid yang mencukupi.
  4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
  5. Terbuka dan tiada batasan.
  6. Teknik pentaksiran seharusnya memberi peluang kepada murid merasai perubahan tingkahlaku yang ingin dicapai oleh mereka.
Matlamat Dalam Pentaksiran Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:
  1. Matlamat Persepsi.
  2. Matlamat Kognitif.
  3. Matlamat Afektif.
Matlamat Persepsi
  • Murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
  • Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan.
Matlamat Kognitif:
  • Untuk mencapai matlamat ini, keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemikiran yang digunakan semasa membaca.
Matlamat Afektif:
  • Pentaksiran ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.
  • Murid-murid dinilai atai ditaksir secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Pentaksiran Membaca dibahagikan kepada 3:

  1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
  2. Mengenal idea utama dan sokongan.
  3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
Mengenal pasti idea keseluruhan:
  1. Mesej utama yang disampaikan penulis.
  2. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
  3. Kenal pasti prinsip penulisan:
      ·         Pengelasan mengikut kronologi
      ·         Pengelasan mengikut hierarki.
      ·         Pengelasan mengikut ciri-ciri.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:
  1. Idea Utama.
    ·         satu atau lebih idea utama.
    ·         satu idea utama dalam satu perenggan
     2.  Sokongan
    ·         Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
    ·         Disertai dengan contoh-contoh.

Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
  1. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
  2. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
  3. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
  4. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara kesimpulan, pentaksiran kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.

No comments:

Post a Comment