MASALAH DALAM MEMBACA

Masalah membaca dalam kalangan masyarakat merupakan satu masalah yang biasa dilalui oleh semua lapisan masyarakat. Antara negara yang mempunyai rekod rakyatnya mengalami masalah membaca adalah Amerika Syarikat di mana pada tahun 1930an, negara ini mengalami masalah buta huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat muda. Melalui kajian, didapati sebanyak hampir 40% masyarakat tidak membaca pada tahap sepatutnya. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian yang mengkaji sebab berlakunya masalah dalam membaca.

FAKTOR DALAMAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah membaca berlaku seperti yang dinyatakan dalam Mahzan Arshad (2008). Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah membaca melibatkan faktor fizikal yang dialami manusia.

Penglihatan
  • Juling – menggunakan atau fokus kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini akan menyebabkan imej bagi satu benda yang menyebabkan ia kelihatan tidak sama dengan saiz dan bentuk asalnya.
  • Rabun dekat- Gangguan penglihatan ini juga turut dikenali sebagai myopia di mana penghidap tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
  • Rabun jauh- Penghidap tidak dapat melihat pada jarak yang dekat.
  • Astigmatism- Penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
  • Amblyopiks- satu keadaan yang kabur diakibatkan daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.   
Simpton-simpton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal bagi menguasai kemahiran membaca iaitu dengan cara  mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.

Persepsi Penglihatan
Bagi pelajar yang mengalami masalah ini akan mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran membaca. Antara simptomnya adalah seperti berikut:
  • Perkataan yang dilihat seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna., seperti bantal menjadi bnatla.
  • Huruf atau perkataan menjadi terbalik- seperti huruf b menjadi d, contoh perkataan adalah buah menjadi duah.
  • Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
  • Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
  • Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata. 
Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak yang bermasalah dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana inilah kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca bermula.

Pendengaran (Auditori)
Bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran yang teruk akan mengalami masalah membaca. Namun begitu, bagi pelajar yang hanya mengalami masalah pendengaran yang ringan dapat dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Bagi mereka yang mengalami masalah ini juga akan mengalami masalah dalam membezakan bunyi vokal dan konsonan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak sukar membezakan antara huruf vokal a dengan u, e dengan i, a dengan o.
            Kerencatan dalam pendengaran dapat dipecahkan dalam dua kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan akal. Kerencatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan perubatan dengan cara membersihkan lubang telinga atau antibiotik. Namun begitu, berbeza  pula dengan kerencatan kekal yang memerlukan rawatan daripada doktor pakar, sama ada rawatan dalam jangka masa panjang atau memerlukan  pembedahan. 

Pertuturan
Terdapat beberapa puca berlakunya masalah pertuturan seperti:
  • Kecelaruan bunyi suara
  • Nada yang tidak menentu
  • Pertuturan spastik
Masalah- masalah ini berlaku kerana beberapa faktor seperti yang berikut:
  • Masalah emosi
  • Kelewatan pertumbuhan
  • Kurang pendengaran
  • Pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap
  • Sumbing
  • Kecederaan otak
Namun begitu, tidak semua masalah pertuturan akan menyebabkan masalah dalam membaca. Kesan yang diterima mungkin akan melibatkan kesan psikologi.

FAKTOR  NEUROLOGIKAL 

Neurologi merupakan kajian yang berkaitan dengan sistem saraf manusia termasuklah sistem yang terdapat dalam otak atau bahagian otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Terdapat bahagian dalam neurologi akan mendatangkan kesan terhadap kebolehbacaan. Faktor neurologi ini saling berkaitan dengan masalah kesihatan yang boleh diakibatkan oleh jangkitan kuman atau prakelahiran.

Kerosakan Otak
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kerosakan otak ialah:
  • Kecederaan – boleh berlaku semasa kelahiran (prenatal nuerological disorder)
  • Penyakit
  • Kesan bahan toksik yang mencemarkan otak
Neurologikal Tidak Berfungsi

Masalah ini menjelaskan berkenaan perkembangan bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak lahir. Manakala, bagi orang dewasa yang mengalami masalah buta perkataan juga boleh disebabkan oleh serangan sakit jantung.

Hyperlexia- merupakan keadaan seseorang yang lambat perkembangan dalam bahasa dan akal. Simpton ini mampu menyebabkan masalah ketidakupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.

FAKTOR KETURUNAN

Faktor keturunan juga sangat berkait dengan kemampuan seseorang menguasai kemahiran membaca. Antara contoh situasi ialah kanak-kanak kembar, kembar seiras, kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
          Pengaruh persekitaran juga memainkan peranan penting dalam masalah kegagalan menguasai pembelajaran. Antara masalah persekitaran yang saling berkaitan dengan masalah ini ialah:
  • Minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak mereka.
  • Model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
  •  Ibu bapa menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak belajar.
FAKTOR EMOSI

Faktor emosi turut mempengaruhi kejayaan seseorang mengusai bidang bacaan. Selain itu emosi amat memainkan peranan penting dalam kegagalan seseorang untuk membaca. Antara faktor emosi yang mengganggu adalah seperti berikut:
  • Rasa rendah diri
  • Rasa terasing
  • Tidak bermotivasi
  • Kecewa
  • Malas
  • Gagal
Namun begitu, terdapat juga masalah emosi yang mengganggu pelajaran terutamanya kanak-kanak seperti: 
  • Kes kanak-kanak terbiar
  • Kes perpecahan keluarga
  • Kes penderaan
FAKTOR LUARAN 

Faktor Sosioekonomi
Merupakan satu aspek yang digunakan bagi membolehkan kajian dilakukan terhadap kebolehbacaan pelajar. Kebiasaannya pelajar yang mengalami masalah sosioekonomi akan mempunyai pencapaian  dalam pembelajaran rendah. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang mengalami masalah ini memperoleh pencapaian yang tinggi. Selain itu, bagi aspek keturunan, kaum dan budaya pelajar turut mempengaruhi pencapaian dalam pembelajaran pelajar.

Faktor Instruksional
Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menentukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran.  Kaedah dan teknik dalam pembelajaran yang digunakan seharusnya bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan pelajar. Berdasarkan banyak kajian yang dilakukan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran amat mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran. Faktor instrusional guru juga merupakan faktor luaran yang boleh mempengaruhi kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca pada pelbagai tahap yang berbeza.

Faktor Motivasi
Motivasi yang diterima daripada lain atau pihak luar sangat berperanan dalam mempengaruhi keupayaan membaca. Kebiasaannya, pelajar seawal umur kanak-kanak lagi sudah digalakkan untuk membaca dan tidak memberikan persekitaran membaca yang tertekan. Antara pihak yang boleh melakukan dorongan dan galakan dalam membaca adalah seperti di bawah:
  • Pihak sekolah
  • Guru
  • Ibu bapa

Faktor Genetik
Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran begini dapat dilihat dalam keluarga yang mempunyai pola yang sama seperti masalah pembelajaran yang dipunyai oleh ibu bapa waktu mereka bersekolah

No comments:

Post a Comment