Bacaan kuat ialah bacaan mekanis iaitu menyuarakan tulisan dengan suara yang jelas dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan kuat lazimnya dilaksanakan di kelas-kelas Tahap 1 atau pada peringkat permulaan. Digunakan untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan perkataan atau ayat dengan sebutan gaya dan rentak irama yang betul. Membaca kuat merupakan amalan berkesan dan ujian kepada kebolehan murid membaca secara keseluruhan.
Teknik
membaca kuat
v Guru membahagikan
murid mengikut kumpulan.
v Guru mengajar pelajar
memegang buku dengan cara yang betul.
v Membaca dengan penuh
perasaan.
v Guru bermain dengan
isyarat tangan dan memek muka.
v Guru menetapkan
penumpuan mata.
v Guru berhenti membaca
pada tempat-tempat yang betul.
v Menilai secara
berkesan.
Aktiviti
Bacaan Kuat
v Pertandingan membaca.
v Membaca rencana atau
isu semasa di dalam kelas.
v Mendeklamasikan sajak.
v Spelling bee.
v Kuiz.
v Sketsa.
v Membaca dan menulis
rencana.
BACAAN BERSAMA
Bacaan bersama boleh
didefinisikan sebagai satu pendekatan pembelajaran membaca yang berkesan secara
berkongsi membaca. Konsep bacaan bersama mempunyai tukang cerita dan
pendengarnya. Pada peringkat awal bahan bacaan yang digunakan bertujuan
memastikan murid mendapatkan idea yang disampaikan. Ingatan murid lebih mantap
dan kadar minat membaca semakin bertambah.
Objektif:
v Guru memupuk minat
murid membaca bersama.
v Guru mengembangkan
idea murid dari bahan bacaan mudah kepada yang lebih mencabar.
v Guru memantapkan
kemahiran mendengar melalui bahan audio seperti kaset dan pita rakaman.
v Guru memupuk
nilai-nilai murni.
Strategi
Bacaan bersama:
i)
Pemilihan bahan cerita
- Guru mempelbagaikan bahan sama ada dari
bahan buku dan bukan buku.
ii) Konsep membaca
- Kumpulan
kecil dan secara kelas
iii) Pengagihan murid
- Kumpulan
murid lemah dengan murid pandai.
- Guru
mewujudkan bacaan melalui rakan sebaya.
iv)Peruntukan masa
- Bahan
cerita bersesuaian dengan tempoh masa tertentu.
- Rancang
jumlah bahan mengikut keupayaan murid.
Aktiviti
Bacaan Bersama
v Guru membaca bersama
beberapa orang pelajar menggunakan bahan yang sama.
v Seorang pelajar
membaca bersama beberapa orang pelajar lain.
v Ibu atau bapa membaca
bersama-sama anak-anak di rumah, atau di taman.
v Membaca bersama jiran
tetangga.
BACAAN BERPASANGAN
Bacaan berpasangan ialah satu
teknik membaca bersama, seorang dengan murid yang lain atau seorang murid
dengan seorang dewasa. Murid-murid diberi kebebasan memilih bahan bacaan
mengikut tahap kebolehan masing-masing berdasarkan garis panduan yang diberi
oleh guru. Bacaan berpasangan memerlukan pembacaan secara kuat dan ianya
memberikan persaingan yang sihat kepada murid yang terlibat.
Klasifikasi
Bacaan Berpasangan.
v Murid dengan rakan
sebaya.
v Murid dengan guru.
v Murid dengan ibu bapa.
v Murid dengan
pembimbing yang lebih dewasa.
Objektif
v Memupuk keyakinan
diri.
v Membetulkan kesalahan
sebutan.
v Berkongsi maklumat
mengenai bahan bacaan.
v Menanam sikap bekerja
secara berpasukan.
v Memilih bahan bacaan
yang sesuai dengan minat dan tahap murid.
Murid
dengan guru.
v Membaca kuat, terang
dan jelas.
v Membaca tanpa diganggu
atau ditegur.
v Betulkan pasa bahagian
yang salah sahaja.
v Membaca kuat secara sendirian.
v Membaca senyap.
PENILAIAN DAN REKOD MEMBACA
Penilaian adalah satu proses
pengumpulan data yang sistematik untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu
program yang dijalankan. Rekod bacaan merupakan catatan hasil daripada pembacaan
sesuatu bahan untuk dijadikan padanan dan menilai semula pemahaman.
PENGURUSAN KETIKA MENGAJAR
Masalah utama yang dihadapi oleh
guru ialah pengumpulan dan penyimpanan rekod-rekod penilaian. Bagi mengatasi
masalah tersebut beberapa faktor perlu diambil perhatian:
-
Jadual
waktu atau peraturan kelas.
-
Memastikan
bahawa murid mengEtahui masa untuk mencatat rekod.
-
Melibatkan
murid dalam mengendalikan dan mencatat rekod untuk keperluan sendiri.
-
Menyediakan
format merekod yang mudah digunakan oleh semua guru.
-
Menetapkan
masa untuk menganalisis dan mengemaskini maklumat.
Aktiviti
:
v Kempen membaca
v Klinik membaca
v 10 minit membaca
v Bacaan senyap (silent
reading)
v Minggu atau bulan
membaca
v Bacalah saying
v Pesta atau pameran
buku
v Sudut bacaan.
v Bercerita.
v
Buku
skrap.
v Khemah membaca
(reading camp)
v Ceramah buku (book
talk).
MEMBACA BEBAS
Pelajar berpeluang membaca bahan
yang mereka pilih dari sekumpulan bahan yang disediakan guru. Aktiviti bacaan
yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal guru seberapa minima yang boleh.
Guru perlu menyediakan arahan awal supaya pelajar membuat beberapa persediaan
sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah
membaca dengan sendiri.
MENELAH
Pelajar membuat telahan tentang
apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari pada
bahagian yang lain. Mereka perlu membincangkan sama ada mereka perlu menetapkan
telahan atau mengubah semula telahan tersebut. Pola ini perlu berterusan
sehingga keseluruhan bahan selasai dibaca
MEMBACA SENYAP
Setiap pelajar akan membaca
bahagian yang sama secara senyap, dan telahan perlu dibuat ketika membaca
senyap. Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila pelajar berhenti
membaca, ceritakan semula atau ringkaskan apa yang telah mereka baca. Mereka juga menyatakan perasaan mereka
terhadap apa yang telah mereka baca atau apa yang telah mereka ketahui.
MERINGKAS DAN BERTINDAK BALAS
Setelah selesai keseluruhan
petikan, pelajar meringkas apa yang mereka baca. Mereka bertindak balas dengan
membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka baca dan
menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut. Mereka boleh
bertindak balas dengan menceritakan kepada seseorang tentang bahan yang dibaca,
menulis ringkasan cerita, atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan suasana
atau watak yang dibaca.
MEMBACA SECARA BERKOPERATIF
Pelajar diberikan bahagian
tertentu untuk sesi membaca. Setiap orang ditugaskan untuk menyelasikan bacaan
bahagiannya dan menceritakan semula apa yang dibaca kepada kumpulan yang lebih
besar. Tugas membuat ringkasan atau ulasan terhadap bahan dilakukan
bersama-sama.
MEMBACA LANTANG
Pilih seorang pelajar untuk
membaca lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan
tersebut secara beramai-ramai Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan.
Apabila pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa
yang telah dibaca.
MEMBACA DENGAN PANDUAN GURU
Guru memberikan panduan atau
mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap terhadap sesuatu bahan dengan
bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan yang dapat mereka
jawab ketika mereka terus membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan.
BERKONGSI MEMBACA
Guru membaca lantang satu cerita
dan mengajak murid-murid bersama-sama membaca. Cerita akan dibaca beberapa
kali, dan murid akan diberi peluang bagi bertindak balas menerusi penulisan,
lukisan, drama, perbincangan, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
KOMBINASI KAEDAH-KAEDAH MEMBACA
Kelima-lima kaedah tersebut dapat
membantu pelajar dalam pelbagai peringkat dan kadang-kala kaedah ini boleh
digabungkan dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggabungkan kelima-lima kaedah
ini guru menyediakan bantuan asas pada peringkat awal, kemudian membenarkan
pelajar dibantu oleh pasangannya, dan pada peringkat akhir pelajar tersebut
dapat membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
No comments:
Post a Comment