Kelakuan,
kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda membaca berbeza-beza
mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang
berbeza. Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan
dalam sesebuah bahan bacaan. Terdapat beberapa komponen penting yang
perlu diambil kira dalam proses pemilihan bahan bacaan.
SESUAI MENGIKUT PERINGKAT UMUR
Pemilihan
bahan bacaan mestilah sesuai dengan peringkat umur pembaca. Pemilihan bahan
bacaan yang sesuai penting kerana setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang
digunakan boleh difahami oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan
bukan fiksyen.
FIZIKAL
Fizikal yang
dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar.
Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen,
saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. Bagi kanak-kanak keadaan bahan
bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat
menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.
ISI KANDUNGAN
Bahan bacaan yang
baik ialah mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Pelajar harus
mengenal jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan
fiksyen. Selain itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan
pengajaran kepada pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat merangsang
kesedaran dan pemikiran yang kritis para pembaca.
BAHASA YANG SESUAI
Pemilihan bahan bacaan
yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Contohnya dalam
penggunaan kosa kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan
tahap pemikiran pembaca.
No comments:
Post a Comment